PSF – Per Square Foot  Musim 3 meneruskan paparan tentang keunikan dan keindahan seni bina serta hal ehwal industri hartanah tempatan.

Rancangan majalah tentang senibina dan hartanah ini dipersembahkan secara santai dan mengandungi 3 segmen utama.

Ahmad Fadzli Ab Aziz

"Awalnya saya agak risau nak setuju hoskan PSF- Per Square Foot kerana tiada ilmu tentang senibina dan hartanah. Alhamdulillah dengan bimbingan semua, saya cukup seronok kendalikan rancangan ini kerana banyak ilmu baru yang saya dapat.Saya harap anda semua pun dapat manfaat dari PSF-Per Square Foot."

"Kepada semua, selamat menonton dan selamat cuba menjawab soalan kuiz."