30 Minit Ustaz Don
30-minit-ustaz-don-(1).jpg

maklumat rancangan

Program 30MINIT USTAZ DON merupakan salah satu program siaran langsung yang bersiaran selama 30 minit, Isnin hingga Khamis pada pukul 9.30 malam. Program ini menampilkan penampilan khas ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai pengacara tetap.

Program ini akan membincangkan mengenai fardhu ain dan juga mengenai hukum-hukum tajwid. 2 hari diperuntukkan untuk membincangkan mengenai fardhu ain dan juga 2 hari selebihnya untuk hukum tajwid.

  • Promo
Sila Daftar atau Log masuk
extras

Pensyarah muda dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ini berkelulusan dari salah sebuah Universiti terkemuka di Mesir iaitu di  Universiti Al-Azhar. Selain itu juga beliau turut dijemput sebagai penceramah di majlis-majlis tertentu untuk memberikan nasihat keagamaan yang berguna.

Penonton juga boleh berinteraksi secara langsung sama ada melalui telefon di talian 03-2260 2411 / 2260 1610. Selain berinteraksi di talian penonton juga  turut boleh berinteraksi melalui Facebook untuk bertanyakan soalan dimana kami akan memberikan soalan tersebut terus kepada ustaz untuk menjawab persoalan tersebut di awal siaran. 

IKLAN@TVALHIJRAH
Kembali ke atas