Setiap Isnin & Selasa, 10.30 pagi (Mula bersiaran pada 1/10/2012)
 
 

Uki sentiasa ceria dan bertenaga ketika bermain sama seperti kanak-kanak lain yang suka meneroka pelbagai perkara baru di sekelilingnya. Dia akan membawa adik-adik bersama dalam penerokaan yang penuh keseronokan ketika dia bermain bersama rakan-rakannya. Dia bakal menemui keajaiban ketika melihat bunga sedang mekar, haruman bunga, daun yang berguguran dan pelbagai lagi keindahan alam di sekelilingnya.

 
 
  Rabu & Khamis, 8.30 pagi
 
 

Ming The Minibus adalah sebuah karektar hasil ciptaan seorang guru English yang mengajar di Hong Kong, Mr Thomas Becket. Dalam usaha beliau menjadikan pengajaraannya menarik beliau telah menghasilkan sebuah buku tentang kisah pengembaraan ke bandar-bandar terkemuka dunia. Ikuti pengembaraan menarik Wing dan Johny bersama Ming mengenali budaya menarik di seluruh dunia.

 
 
  Rabu & Khamis, 10.00 pagi
 
 

Sebuah siri animasi warna-warni berlatarkan zaman purba di China yang mengisahkan pengembaraan Tao Shu dan semangatnya menjadi Warrior Boy. Setiap hari diwarnai dengan pengembaraan baru bagi Tao Shu dan adiknya Ling Ling yang tinggal di lereng gunung berkabut bersama ibu bapa mereka yang memiliki sebuah kedai Teh. Siri ini memiliki visual yang menarik dan jalan ceritanya berdasarkan kepada lukisan tradisional petani China.

 
 
  Isnin & Selasa, 9.30 pagi
 
 

Sarjana Muslim memaparkan kisah para cendekiawan Islam yang berjaya menerokai pelbagai bidang seperti perubatan, sains, ilmu hisab, astronomi dan lain-lain lagi.Paparan kisah hidup tokoh-tokoh Islam yang terpilih telah dimuatkan secara ringkas di dalam siri animasi Sarjana Muslim ini. Antara cendekiawan yang ditonjolkan di dalam siri ini ialah Ibn Sina (perubatan), Ibn Battuta (pengembaraan), Al Razi (perubatan), Ibn Khaldun (falsafah), Ibn Balbaitar (farmasi & botani) dan ramai lagi.

 
 
  Isnin & Selasa - 8.30 pagi
 
 

Nan & Lili adalah dua orang sahabat yang lucu dan sentiasa ceria. Mereka sentiasa seronok meneroka dunia baru sambil bermain bersama rakan-rakan. Walaupun kadang kala mereka agak nakal namun sentiasa bersedia membantu rakan-rakan yang dalam kesusahan. Bermain sambil belajar bersama Nan & Lili serta rakan-rakan, Badi dan Hella mengenali unta, kambing biri-biri, gajah dan lain-lain kehidupan dipersekitaraan mereka.

 
 
  Rabu & Khamis, 9.00 pagi
 
 

Arabian Sinbad adalah satu program pendidikan menghiburkan yang membantu kanak-kanak belajar Bahasa Arab melalui lagu-lagu yang indah dan watak-watak yang menarik. Sinbad bersama kakaknya Zayna dan burung nuri peliharaan beliau Zagzag mengajar banyak kosa kata bahasa Arab kepada rakan-rakannya

 
 
  Rabu & Khamis, 9.30 pagi
 
 

Bersama Ethelbert seekor anak harimau India yang peramah sentiasa ingin tahu perkara disekelilingnya. Dilip rakan manusia Ethelbert selalu membantunya menyelesaikan pelbagai persoalan. Mereka akan bersama-sama menaiki rakit dan melepasi sebuah air terjun untuk ke pengembaraan yang mengujakan. Ethelbert banyak belajar melalui pemerhatiannya bersama Dilip, mereka belajar nilai moral, etika dan kelakuan haiwan lain.

 
 
 

Setiap Isnin & Selasa, 10.00 pagi

 
 

Miniscule berkisar kepada kehidupan seharian spesies serangga. Ia mirip kepada sebuah documentari, tetapi disuntik dengan senario-senario kelakar yang mungkin terjadi dalam kehidupan seharian seekor serangga. Secara ringkas, Miniscule adalah sebuah doku-animasi.

3 Julai 2012, Sidang Media Chef Kecil
16 & 17 Jun 2012, Karnival Cinta Masjid, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Shah Alam
4 & 5 Februari 2012, Karnival Cinta Masjid, Masjid Saidina Hamzah Kg Batu, Kuala Lumpur
27, 28 & 29 Januari 2012, Karnival Karangkraf, Shah Alam
Januari 2012, Peraduan Melukis Watak Kegemaran Pada Zaman Dahulu