DR. A.BAKAR BIN SARPON

TIMBALAN PRESIDEN/KETUA PEGAWAI OPERASI

Sebelum ini beliau adalah sebagai Ketua Program Kepimpinan Integrasi di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM). Pada tahun 2015 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategik TV Al-Hijrah sebelum menjawat jawatan sekarang pada tahun 2016.

Dr. A Bakar Sarpon dilahirkan di Muar Johor, mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda di Universiti Malaya (UM), Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Doktor Falasafah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Perkhidmatan Dr. A Bakar Sarpon telah bermula pada tahun 1983 sebagai Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan penempatan pertama beliau ialah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau telah berkhidmat dengan tujuh agensi kerajaan termasuk Kementerian Kewangan Malaysia dilima lokasi berbeza termasuk Sabah dan Sarawak.