Analisis Bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur, 17 Julai – TV AlHijrah menerima kehadiran YB Dato’ Dr Mujahid Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi sesi siaran langsung program Analisis. Temu bual khas tersebut bersiaran selama satu jam bagi memberi peluang kepada YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri membentangkan pandangan dan hala tuju beliau dalam mengemudi portfolio agama yang kini disandang oleh beliau.
Program tersebut turut dihadiri oleh barisan kepimpinan TV AlHijrah yang diketuai oleh Dr. A Bakar Sarpon, Selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.
Kehadiran YB Menteri dalam program Analisis merupakan pertama kali selepas menjawat jawatan sebagai Menteri.