BERMULA DISINI

Pentingnya Hijrah dan kaitannya dengan umat Islam.

Pada tahun 622, Nabi Muhammad SAW berdepan dengan tentangan sengit puak Quraisy di Mekah. Baginda kemudian meninggalkan Mekah lalu menuju ke Madinah. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah menjadi permulaan sejarah yang sangat signifikan dalam Islam dan seterusnya menandakan permulaan 1 Muharram dalam kalender Islam. Hijrah bermaksud berpindah. Peristiwa ini memberi kesan yang sangat besar. Konotasi Hijrah berkembang dan bukan semata-mata bersifat kalendar perhijrahan Rasulullah SAW, malah meliputi kepada apa jua perubahan menuju kebaikan. Justeru TV AlHijrah  sendiri berhasrat untuk memainkan peranan sebagai TV yang mengajak masyarakat melakukan perubahan yang berterusan ke arah kebaikan.

TV AlHijrah berbangga menjadi perintis yang membentuk penyiaran kandungan Islam dengan mengekalkan standard yang tinggi dalam program-program yang diterbitkan. Malah menjadi perintis stesen digital tinggi (HD) dalam industri penyiaran tempatan.

Sebagai stesen TV Islami pertama yang memperkenalkan Islam sebagai gaya hidup, TV AlHijrah  memainkan peranan penting sebagai platform perkongsian ilmu, maklumat dan pemikiran Islam untuk dikongsi bersama semua lapisan penonton.