Kuiz Labbaikallah 2016

Detik puncak Musim Haji sudah bermula. Ratusan ribu jemaah dijangka memasuki Mekah minggu ini sebelum meningkat ke angka 4 juta jemaah menjelang detik puncak ibadah haji.

Setelah dua minggu laporan Musim Haji via Instagram @tvalhijrah114 dilancarkan sebagai platform paparan terkini dalam talian, kini muncul program Labbaikallah di TV Alhijrah.

ā€œSetelah tiga minggu mengikuti laporan live via Instagram @tvalhijrah114, kini masanya liputan berkembar diperolehi. Selain 24 jam via Instagram, penonton akan dapat mengikuti Berita Haji secara konsisten di TV Alhijrah,ā€ kata Pengurus Tim Haji, Ainur Mahdiyah Zahra.

Liputan Musim Haji akan disiarkan pada 9.30 malam setiap hari bermula 29 Ogos hingga 14 September ini.
Selain menyediakan pelbagai laporan berita dari Mekah, program Labbaikallah turut menganjuran Kuiz Ibadah Haji.

Pemenang akan menerima sebuah kereta Proton Saga, tiga motosikal Modenas dan enam pakej umrah.