CINTA ILMU

Sebuah rancangan yang membincangkan dan menjawab persoalan serta kemuskilan agama daripada barisan penceramah terkemuka negara yang begitu sinonim dengan TV Alhijrah. Istimewanya pada musim baru ini, Cinta ilmu bakal menampilkan Ustaz Zul Ramli Razali yang akan membincangkan tajuk Sirah dan akhlak manakala Dato’ Badli Shah Alaudin dengan isu aqidah dan falsafah dan Ustaz Roslan Mohamed dengan topik penghayatan Ibadah.

BADLI SHAH BIN ALAUDDIN

Pekerjaan: Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau di Jabatan Agama Islam Pahang.

Pendidikan: M.Sc (Falsafah & Tamadun Islam) Univ. Malaysia Terengganu, B.A (Hons.) Tafsir al-Quran, University al-Azhar, Mesir dan Diploma Dakwah, KUSZA

UST ZUL RAMLI M RAZALI

Pekerjaan: President Pertubuhan Ilmuwan Sunni Malaysia ( ISM) sejak tahun 2016.Dan Timbalan Pengerusi 1 Majlis Dakwah Negara.

Pendidikan: University of Islamic Studies Karachi, Pakistan dalam bidang Aqidah dan Dakwah. Master Coach dalam bidang NLP ( Neuro Linguistic Programming ) .

USTAZ ROSLAN MOHAMED

Pekerjaan: Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Menetap di Kg Melayu Subang, Shah Alam, Selangor

Pendidikan: Sekolah Rendah Hamzah Machang, kemudian di Maahad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. Mendapat ijazah pertama di Universiti Islam Muhammad ibn Soud, Riyadh, Arab Saudi dan Sarjana di Institut Antarabangsa Bahasa Arab, Khartoum Sudan.

FORMAT MENJAWAB KUIZ

    1.  Anda perlu mengumpul jawapan bagi soalan terkumpul bulanan Kempen Kuiz ini bermula 1st April 2021 dan sertakan slogan ‘Saya suka menonton Cinta Ilmu dan rancangan-rancangan Ilmiah di TV ALHIRJAH kerana…….. (tidak lebih dari 150 patah perkataan).
    2. Setiap hujung bulan kami akan mengumpul kesemua jawapan dan slogan paling menarik untuk pemilihan pemenang.
    3. Penyertaan kuiz bulanan ini tertakluk kepada terma dan syarat.
    4. Borang jawapan akan dibuka selepas episod akhir setiap bulan untuk penghantaran jawapan.
    5. Soalan akan dipaparkan di laman web ini setiap Isnin hingga Rabu selepas siaran setiap episode cinta ilmu di TVALHIJRAH
    6. Teruskan menonton cinta ilmu setiap isnin hingga rabu bermula 1 – 30 June 2021 jam 7.30 mlm utk mengumpul jawapan.

Makmur Gold adalah sebuah kedai Emas yang bernaung di bawah Koperasi Makmur Malaysia Berhad.

Dan kami adalah 100% syarikat Bumiputera. http://makmurgold.my/

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ CINTA ILMU FEBRUARI 2021

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ CINTA ILMU MAC 2021

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ CINTA ILMU APRIL 2021

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ CINTA ILMU MEI 2021

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ CINTA ILMU JUN 2021

     

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ CINTA ILMU JULAI 2021

Sertai KUIZ BULANAN #CintaIlmu, daftar menerusi https://www.tvalhijrah.com/kuizcintailmu/ dan saksikan Cinta Ilmu Setiap Isnin -Rabu
7.30 malam, bermula 1 Jun 2021. Jawapan terkumpul yang tepat beserta slogan menarik akan dipilih sebagai pemenang. Selamat mencuba!

Terma & Syarat KUIZ TERKUMPUL BULANAN CINTA ILMU

  1. KUIZ TERKUMPUL BULANAN CINTA ILMU ini dianjurkan oleh TV ALHIRJAH dan MAKMUR GOLD.
  2. Peserta perlu menjawab soalan di dalam talian (on-line) menerusi borang penyertaan yang boleh diakses di https://www.tvalhijrah.com/kuizcintailmu/
  3. Kuiz ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas kecuali semua kakitangan TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD dan ahli keluarga terdekat.
  4. TV ALHIJRAH berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Terma dan Syarat Peraduan Kuiz.
  5. Semua keputusan yang dibuat oleh TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD adalah muktamad dan sebarang petikaian tidak akan dilayan.
  6. Hadiah-hadiah yang ditawarkan tertakluk kepada keputusan MAKMUR GOLD.
  7. Jawatankuasa penentuan pemilihan pemenang akan ditubuhkan untuk kempen ini.
  8. Pemenang akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon atau lain-lain kaedah yang bersesuaian. TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD TIDAK akan betanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atau gagal untuk membalas.
  9. Hadiah berupa barangan kemas tidak boleh ditukar kepada wang ringgit.

TEMPOH

1.Tempoh sah Kempen Kuiz ini bermula 1st Jun 2021 sehingga minggu dan episode terakhir program Cinta Ilmu.
2. Nama pemenang dan hadiah akan diberikan secara bulanan.
3. TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD berhak untuk mengubah, menangguhkan, atau melanjutkan tempoh pertandingan atas budi bicara mutlaknya.