Episod Hijrah Berselawat kali ini sempena bulan Syawal. Istimewanya qasidah-qasidah yang dialunkan semuanya sangat dekat di hati kita. Lagu Cindai,lagu P Ramlee dan lagu raya dimelodikan secara berbeza untuk kita berqasidah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.Penampilan istimewa Achey pasti membawa kelainan untuk suasana selawat. Ustaz Don juga berkongsi kisah kisah Nabi Muhammad SAW semasa menyambut Syawal.

FORMAT MENJAWAB KUIZ

  1. Anda perlu memberi menghantar Borang penyertaan akan diletakkan/diberikan pada 12 Mei 2021 bermula jam 10 malam dan sertakan slogan ‘HIJRAH BERSELAWAT yang dibawakan oleh TV ALHIJRAH & MAKMUR GOLD adalah rancangan yang ditunggu kerana…….. (tidak lebih dari 150 patah perkataan).
  2. Kami akan mengumpul kesemua borang penyertaan berserta slogan paling menarik untuk pemilihan pemenang.
  3. Penyertaan kuiz bulanan ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Makmur Gold adalah sebuah kedai Emas yang bernaung di bawah Koperasi Makmur Malaysia Berhad.

Dan kami adalah 100% syarikat Bumiputera. http://makmurgold.my/

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ HIJRAH BERSELAWAT FEBRUARI 2021

 

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ HIJRAH BERSELAWAT MAC 2021

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ HIJRAH BERSELAWAT APRIL 2021

TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ HIJRAH BERSELAWAT MEI 2021

Sertai KUIZ BULANAN #HijrahBerselawat, daftar menerusi https://www.tvalhijrah.com/kuizhijrahberselawat/ dan saksikan Hijrah berselawat pada Jumaat, 12 Mei 2021, jam 9.00 malam.

Borang penyertaan beserta slogan menarik akan dipilih sebagai pemenang. Selamat mencuba!

 

TERMA & SYARAT KUIZ HIJRAH BERSELAWAT

  1. KUIZ BULANAN HIJRAH BERSELAWAT ini dianjurkan oleh TV ALHIRJAH dan MAKMUR GOLD.
  2. Peserta perlu menjawab soalan di dalam talian (on-line) menerusi borang penyertaan yang boleh diakses di https://www.tvalhijrah.com/kuizhijrahberselawat/
  3. Kuiz ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas kecuali semua kakitangan TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD dan ahli keluarga terdekat.
  4. TV ALHIJRAH berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Terma dan Syarat Peraduan Kuiz.
  5. Semua keputusan yang dibuat oleh TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD adalah muktamad dan sebarang petikaian tidak akan dilayan.
  6. Hadiah-hadiah yang ditawarkan tertakluk kepada keputusan MAKMUR GOLD.
  7. Jawatankuasa penentuan pemilihan pemenang akan ditubuhkan untuk kempen ini.
  8. Pemenang akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon atau lain-lain kaedah yang bersesuaian. TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD TIDAK akan betanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atau gagal untuk membalas.
  9. Hadiah berupa Wafer Gold Edisi Khas Hijrah Berselawat dan tidak boleh ditukar kepada wang ringgit.

 

TEMPOH

  1. Tempoh sah Kempen Kuiz ini bermula 12 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021 sahaja.
  2. TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD berhak untuk mengubah, menangguhkan, atau melanjutkan tempoh pertandingan atas budi bicara mutlaknya.