
LABBAIKALLAH sebuah program bual bicara berdurasi 60 minit tampil bagi mendekatkan Tanah suci ke jiwa dan sanubari penonton khususnya para jemaah haji yang bakal menunaikan haji pada tahun ini setelah lama merindui Baitullah. Membawa kembali umat Islam untuk mengingati peristiwa-peristiwa di sebalik ibadah haji. Berkongsi info dan perkembangan terkini mengenai perjalanan jemaah haji di Tanah Suci. Memberi penghayatan dengan lebih mendalam tentang manasik haji.
Saksikan bermula 29 Jun ini sehingga 13 Julai 2022 setiap hari jam 9 malam.
Program ini juga ditaja oleh Makmur Gold.

YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah adalah Rektor/Ketua Eksekutif KUIS yang ke-5 dan pendakwah bebas.
Telah mengacarakan dan tampil dalam beberapa program seperti Cinta Ilmu, Hijrah Berselawat, Hijrahkan Laguku, Assalammualaikum dan beberapa program lagi di TV ALHIJRAH.

Muhammad Khairul Azhar bin Ghazali bin Abdul Majid bin Lebai Jusuh bin Lebai Salleh dilahirkan di Pokok Sena, Kedah pada tanggal 12 September 1989. Mendapat pendidikan awal di Taski ABIM, Pengkalan Hulu, Perak [1995] dan di Sek Keb Tembak, Kuala Ketil, Kedah [1996-2001]. Meneroka bidang penghafazan al-Quran dan Tarbiah Islamiah di beberapa ma’had, berakhir di Madrasah Nurul Islamiah, Baling, Kedah di bawah bimbingan Sheikh Muhammad bin Musa al-Hafiz [2002-2006].
Telah mengacarakan program Cinta Ilmu, Labaikallah 2021 dan beberapa program di TV ALHIJRAH.
- Terdapat 15 soalan. Setiap soalan akan dipaparkan pada akhir rancangan setiap episod, diinstagram & facebook TV ALHIJRAH & dilaman web kuiz.
- Penonton diminta utk menonton setiap episod utk mengumpul semua soalan (dan jawapan)
- Orang ramai perlu menghantar semua jawapan yang dikumpul pada hari ke 15 iaitu bermula 13 Julai sehingga 15 Julai 2022 (utk tempoh 48 jam)
- Peserta perlu menjawab soalan di dalam talian (on-line) menerusi borang penyertaan yang boleh diakses di https://www.tvalhijrah.com/kuizlabbaikallah2022/
- Peserta boleh menjawab lebih dari SATU (1) penyertaan setiap episod.
BORANG JAWAPAN KUIZ LABBAIKALLAH 2022
Makmur Gold adalah sebuah kedai Emas yang bernaung di bawah Koperasi Makmur Malaysia Berhad.
Dan kami adalah 100% syarikat Bumiputera. http://makmurgold.my/
TEMPOH / PEMILIHAN PEMENANG
- Tempoh sah Kempen Kuiz ini bermula 29 Jun 2022 sehingga minggu dan episod terakhir program Labbaikallah iaitu pada 12 Julai 2022.
- Pemilihan pemenang dan peserta akan dihubungi (melalui telefon atau kaedah komunikasi yang lain).
- TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD berhak untuk mengubah, menangguhkan, atau melanjutkan tempoh pertandingan atas budi bicara mutlaknya.
TERMA & SYARAT KUIZ SOALAN TERKUMPUL LABAIKALLAH 2022
- KUIZ SOALAN TERKUMPUL LABAIKALLAH ini dianjurkan oleh TV ALHIRJAH dan MAKMUR GOLD
- Kuiz ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas kecuali semua kakitangan TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD dan ahli keluarga terdekat.
- TV ALHIJRAH berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang
tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Terma dan Syarat
Peraduan Kuiz. - Semua keputusan yang dibuat oleh TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD adalah muktamad dan sebarang petikaian tidak akan dilayan.
- Hadiah-hadiah yang ditawarkan tertakluk kepada keputusan MAKMUR GOLD.
- Jawatankuasa penentuan pemilihan pemenang akan ditubuhkan untuk kempen ini.
- Pemenang akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon atau lain-lain kaedah yang bersesuaian. TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atau gagal untuk membalas.
- Hadiah berupa barangan kemas tidak boleh ditukar kepada wang ringgit.