
MAKMURKAN HIDUPKU
Makmurkan Hidupku, program gaya hidup yang merungkai secara jelas berkenaan ilmu pelaburan emas secara bijak. Ia merangkumi maklumat mengenai emas dari perspektif pakar emas, Syariah, data semasa serta pengalaman mereka yang berjaya.
Program ini mengandungi 5 segmen istimewa, iaitu Sketsa Emas, Bijak Emas Bersama Makmur Gold, Inspirasi Emas, Apa Kata Ustaz / Apa Kata Ustazah dan Makmur Gold Pilihanku.

SKETSA EMAS
Segmen sketsa lakonan jenaka santai/ komedi ringan yang berinformasi di mana pelakon-pelakon akan melakonkan situasi & isu berkaitan emas yang berbeza setiap episod, yang sering menjadi tanda tanya masyarakat. Dalam sketsa ini juga diselitkan info ringkas dan solusi berkaitan emas.
BIJAK EMAS BERSAMA MAKMUR GOLD
Segmen bersama Pengerusi Ko-Makmur, Tuan Hishamuddin Abdullah mengenai isu & persoalan berkaitan emas setiap episod. Dalam segmen ini Tuan Hishamuddin menjawab persoalan & memberi pencerahan mengenai isu atau persoalan yang dibangkitkan setiap episod.
INSPIRASI EMAS
Segmen Inspirasi Emas memaparkan kisah realiti kejayaan responden (serta keluarga) selepas mereka menceburkan diri dalam pembelian emas atau perniagaan & pelaburan emas sama ada sebagai anggota Ko-Makmur yang juga usahawan emas Makmur Gold.
APA KATA USTAZ/ APA KATA USTAZAH
Ustaz / ustazah jemputan akan menjawab persoalan hukum-hakam mengenai emas yang sering menjadi tanda tanya atau kekeliruan masyarakat. Mereka juga akan membuat pencerahan mengenai bidang muamalat yang berkaitan dengan emas. Jawapan akan dikongsikan ustaz / ustazah secara santai & mudah difahami oleh penonton.


MAKMUR GOLD PILIHANKU
Segmen ini membawa penonton mengenali Koperasi Makmur Malaysia Berhad (Ko-Makmur) serta anak syarikatnya termasuk Makmur Gold Dan MG Coop-Mart. Segmen ini juga akan menjelaskan kepada penonton mengenai usaha ko-makmur dalam membantu menaikkan taraf ekonomi masyarakat. Segmen ini juga memaparkan maklumat dan keistimewaan produk-produk & perkhidmatan ditawarkan.
- Anda perlu mengumpul jawapan bagi soalan terkumpul mingguan dan terkumpul kempen Kuiz ini bermula 24 Mei 2021 dan sertakan slogan ‘Saya suka menonton Makmurkan Hidupku yang banyak memberikan inspirasi kerana…….. (tidak lebih dari 150 patah perkataan).
- Setiap hujung bulan kami akan mengumpul kesemua jawapan dan slogan paling menarik untuk pemilihan pemenang.
- Penyertaan kuiz bulanan ini tertakluk kepada terma dan syarat.
- Borang jawapan akan dibuka selepas episod akhir setiap bulan untuk penghantaran jawapan.
- Soalan akan dipaparkan di laman web ini setiap Isnin selepas siaran setiap episod Makmurkan Hidupku di TVALHIJRAH
- Teruskan menonton Makmurkan Hidupku setiap Isnin jam 9.00 mlm utk mengumpul jawapan.
Makmur Gold adalah sebuah kedai Emas yang bernaung di bawah Koperasi Makmur Malaysia Berhad.
Dan kami adalah 100% syarikat Bumiputera. http://makmurgold.my/
TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ MAKMURKAN HIDUPKU EPISOD 1 2021
TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ MAKMURKAN HIDUPKU EPISOD 2 2021
TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ MAKMURKAN HIDUPKU EPISOD 4 2021
TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ MAKMURKAN HIDUPKU EPISOD 5 2021
TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ MAKMURKAN HIDUPKU EPISOD 6 2021
TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ MAKMURKAN HIDUPKU EPISOD 7 2021
TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ MAKMURKAN HIDUPKU EPISOD 8 2021
TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ MAKMURKAN HIDUPKU EPISOD 9 2021
TAHNIAH KEPADA PEMENANG KUIZ MAKMURKAN HIDUPKU EPISOD 10 2021
TERMA & SYARAT
Sertai KUIZ MINGGUAN DAN TERKUMPUL #MakmurkanHidupku, daftar menerusi https://www.tvalhijrah.com/makmurkanhidupku/ dan saksikan Makmurkan Hidupku bermula 24 Mei 2021 sehingga 26 July 2021 setiap Isnin jam 9 malam. Jawapan terkumpul yang tepat beserta slogan menarik akan dipilih sebagai pemenang. Selamat mencuba!
Terma & Syarat KUIZ TERKUMPUL MINGGUAN DAN TERKUMPUL MAKMURKAN HIDUPKU
- KUIZ MINGGUAN DAN TERKUMPUL MAKMURKAN HIDUPKU ini dianjurkan oleh TV ALHIRJAH dan MAKMUR GOLD.
- Peserta perlu menjawab soalan di dalam talian (on-line) menerusi borang penyertaan yang boleh diakses di https://www.tvalhijrah.com/makmurkanhidupku/
- Kuiz ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas kecuali semua kakitangan TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD dan ahli keluarga terdekat.
- TV ALHIJRAH berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Terma dan Syarat Peraduan Kuiz.
- Semua keputusan yang dibuat oleh TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD adalah muktamad dan sebarang petikaian tidak akan dilayan.
- Hadiah-hadiah yang ditawarkan tertakluk kepada keputusan MAKMUR GOLD.
- Jawatankuasa penentuan pemilihan pemenang akan ditubuhkan untuk kempen ini.
- Pemenang akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon atau lain-lain kaedah yang bersesuaian. TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD TIDAK akan betanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atau gagal untuk membalas.
- Hadiah berupa barangan kemas tidak boleh ditukar kepada wang ringgit.
TEMPOH
- Tempoh sah Kempen Kuiz ini bermula 24 Mei 2021 sehingga minggu dan episode terakhir program Makmurkan Hidupku.
- Nama pemenang dan hadiah akan diberikan secara bulanan.
- TV ALHIJRAH/MAKMUR GOLD berhak untuk mengubah, menangguhkan, atau melanjutkan tempoh pertandingan atas budi bicara mutlaknya.