Maklumat Rancangan
PEMBUKA DRAMA 2020, File Kisah Sebenar Pergolakkan Suami Isteri, antara Konflik dan Jalan Penyelesaian ekslusif, di CINTA SUAMI ISTERI (CSI). Drama yang bakal menemui penonton Januari ini, adalah paparan kisah pergolakkan Rumahtangga yang sering berlaku. Kes sebenar ini adalah hasil kerjasama daripada pakar-pakar Profesional dibawah PISWI dan JAKIM, yang telah memberi input semasa pembikinan Drama ini.
Selitan tazkirah dalam Drama ini menjadikannya sangat unik dan mampu memberikan impak kepada penonton bagi mendapatkan jalan penyelesaian konflik dan pengajaran. Pendakwah terkenal, Ustaz Roslan Mohamed, Ustazah Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Prof Dato Dr Mohd Izhar Ariff, Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, Ustazah Syadiya Abas dan ramai lagi, turut terlibat dalam membantu pasangan menyelesaikan konflik rumahtangga.
Cetusan idea penerbitan Drama Kisah Suami Isteri ini adalah hasil daripada rasa tanggungjawab Stesen TV Alhijrah sendiri, memandangkan peningkatan yang sangat drastik pergolakkan krisis rumahtangga masakini.
Drama akan bersiaran setiap Isnin dan Selasa bermula 6 dan 7 Januari 2020 pada jam 7:25 malam , hanya di saluran TV Alhijrah.
Program 30 episod ini akan diterbitkan oleh Penerbit Encik Ashrudy Borhan dan Penerbit Kanan Haji Jasmi Shahir.