MAKLUMAT RANCANGAN
Sebuah program dakwah ilmiah yang akan mengupas mengenai fadhilat di bulan Ramadan dengan lebih jelas. Pengisian dakwah yang lebih santai dan terperinci mengenai topik yang dibincangkan bersama penampilan Habib Ali Zaenal Abidin sebagai hos. Program ini akan menumpukan mengenai topik -topik mengenai fiqh puasa, sirah dan akhlak di bulan Ramadan yang akan bersiaran setiap hari sepanjang bulan ramadan jam 6.30 petang.