Masjid ke Masjid
Country:
Malaysia
Year:
2020
Category:
Masjid ke Masjid
Release date:
Jun 2020
Duration:
0 hours 30 minutes
Writers:
Team Masjid ke Masjid
Director:
Team Masjid ke Masjid
Language:
Malay

Maklumat Rancangan

Masjid ke Masjid : Ustaz Abdul Somad adalah sebuah program ceramah yang menampilkan Ustaz Dr. Abdul Somad sebagai tunjang utama program. Ustaz Dr Abdul Somad yang sememangnya dikenali oleh penduduk nusantara sebagai seorang penceramah yang popular membawa fenomena ceramah-ceramah lucu di platform media sosial seperti Youtube & Facebook mempunyai jutaan pengikut di medsos,

Kali ini, tahun 2020 sempena jelajah Ustaz Dr Abdul Somad di semenanjung tanah air termasuklah di lembah kelang, Melaka, Kuantan & Terengganu, krew TV alHijrah mengikuti secara langsung & membuat rakaman eklusif untuk penonton TV Al hijrah. Ceramah di beberapa lokasi & masjid terpilih ini dihadiri oleh ribuan orang ramai untuk mendengarkan ilmu, nasihat-nasihat berguna & menyaksikan sendiri Ustaz Dr Abdul Somad secara langsung.

Pengisian yang penuh dengan mutiara kata, nasihat, ilmu agama serta diselitkan humor yang sememangnya menjadi salah satu tarikan daripada watak Ustaz Somad sendiri. Antara pengisian ceramah yang dibawa adalah merangkumi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, tasawuf, keharmonian, perpaduan, kedatangan Islam, soal jawab feqah & pengajaran daripada selingan sirah-sirah pendek.

Comments are closed.