My#QuranTime masuk fasa ulangkaji, pastikan penonton setia faham dan hayati pengajian lalu



PENONTON TV AlHijrah yang sentiasa setia bersama My #QuranTime, rancangan tadabbur al-Quran dari halaman pertama hingga halaman halaman terakhir ini pasti sedar bahawa pengajian al-Quran dalam rancangan ini sudah pun sampai ke juzuk ke-10, Surah At-Taubah hari ini.

Setelah satu pertiga perjalanan ilmu ini telah dihadam para penonton, My #QuranTime akan menyiarkan sebanyak 22 episod khas ulangkaji juzuk 1 hingga 10 bersama Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Tirmizi Ali untuk memastikan penonton setia memahami pengajian yang lalu sebelum memasuki fasa seterusnya.

Episod ulangkaji itu akan disiarkan selama satu jam setiap hari pada jam 12.00 tengah hari bermula esok sehingga 7 April 2021.

Rancangan yang bersiaran secara langsung dihasilkan ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 ini telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 2.1 juta sepanjang Jun 2020.

Sumber: www.hbit.my

16.3.2021
 

Comments are closed.