PENGORBANAN SUCI AIDILADHA BERSAMA TV ALHIJRAH

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Aidiladha pada Jumaat (31 Julai) ini, TV AlHijrah sebagai sebuah stesen televisyen Islam utama negara menyajikan pelbagai program menarik khusus untuk penonton setianya.

Terdapat kira-kira sembilan program khusus yang akan ditayangkan stesen TV Islamik itu.

Antara program utama ialah Siaran Langsung Pertukaran Kain Kiswah yang akan disiarkan pada 30 Julai, 10 pagi.

Bagi jemaah haji terdahulu atau bakal jemaah haji yang merindui tanah suci Makkah, program Baitullah Rindu Yang Tertangguh diterbitkan khas untuk mereka dan ia disiarkan bermula 27 Julai 2020 pada setiap Isnin hingga Khamis.

Program bual bicara itu akan membawa jemaah-jemaah haji sebelum ini untuk berkongsi pengalaman selain turut mengundang bakal jemaah yang terpaksa menangguhkan hajat ke tanah suci susulan pandemik COVID-19.

Selain itu, TV Alhijrah juga akan membawakan drama, telefilem dan filem menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Tabung Abah, telefilem yang memaparkan pengorbanan seorang ayah yang terpaksa menggunakan tabung simpanannya untuk menunaikan haji demi menyelamatkan nyawa anaknya.

Kisah pengorbanan murni seorang ayah ini disiarkan di TV Alhijrah menerusi kapsul tiga minit bermula 26 Julai hingga 30 Julai, manakala episod akhir pada 31 Julai disiarkan selama 30 minit.

Drama terbitan TV AlHijrah, Boss Mama Kirim Salam istimewa Aidiladha juga akan ditayangkan khusus untuk penonton.

Rancangan tersebut boleh ditonton pada raya ketiga, bersamaan 2 Ogos jam 9 malam.

Penonton yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan sejarah pemulaan kaabah dan ibadah haji boleh saksikan dokumentari Mencari Mabrur yang disiarkan pada hari raya pertama.

TV AlHijrah juga akan menyiarkan dua filem dakwah menarik iaitu Tiada Tajuk dan Lima Penjuru Masjid.

Tiada Tajuk akan disiarkan pada hari raya pertama manakala Lima Penjuru Masjid pada hari raya kedua.

Program bual bicara E-Kaunter Netizen: Syamsul Debat Aidiladha pula akan menemui penonton pada hari raya kedua dan ketiga.

Manakala program bual bicara Assalamualaikum Khas Aidiladha akan mewarnai pagi hari raya pertama.

Selamat menonton TV AlHijrah! — AlHijrah Online

29.7.2020
 

Comments are closed.