Sedekad bersiaran, seri rancangan Cinta Ilmu tidak pernah pudar, penonton gesa untuk teruskan

BENDA baik orang akan cari. Hanya jauhari mengenal manikam. Frasa ini tepat untuk menggambarkan sifat malar segar (evergreen) dan besarnya manfaat rancangan Cinta Ilmu yang telah sedekad bersiaran di TV AlHijrah.

Selain menjawab persoalan dan kemusykilan agama yang berlegar dalam masyarakat, ia juga banyak memberi pencerahan terhadap isu-isu semasa yang boleh menjejas akidah umat Islam; menjadi kompas yang memandu mereka mencari arah yang benar dalam tuanya usia dunia.

Kerana itulah penonton setia tetap mahukan rancangan ini diteruskan, kerana selain sinonim dengan stesyen ini sejak ia ditubuhkan, ia juga sumber penonton mendapat ilmu berterusan dengan konsep “tadah kitab”. Sudah tentu keberadaannya di platform televisyen sangat bersesuaian dengan keadaan yang didepani masyarakat sekarang.

Imam Muda Azhar, salah seorang panel Cinta Ilmu musim baharu mempromosi aplikasi telefon bimbit AlhijrahMedia(Gambar: HBIT https://youtube.com/c/HBiTmy )

Bermula hari ini, Cinta Ilmu yang disuntik elemen lebih segar untuk meluaskan lagi khalayak penonton yang variasi, ia menggunakan kaedah praktikal dan lisan dalam penyampaian barisan panel yang berwibawa serta gabungan visual dam grafik dalam persembahan program.

Antara barisan panel dalam Cinta Ilmu musim baharu ialah Ustaz Badli Shah, Imam Muda Azhar, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, Ustaz Roslan Mohamed, Dr Farid Ravi, Ustazah Zawiyah Hassan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, dan Dr Kamilin Jamilin.

Selain bersiaran pada setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 7.30 hingga 8.00 malam dengan menfokuskan isu akidah dan falsafah pada Isnin, ibadah pada Selasa, serta munakahat dan muamalat pada Rabu, ia juga boleh ditonton di mana-mana dan pada waktu yang disukai melalui aplikasi telefon bimbit AlhijrahMedia.

AlHijrahMedia boleh dimuat turun melalui Google Play Store (https://tinyurl.com/2jd3v3z6) dan Apple Store (https://tinyurl.com/2p8uemmh) secara PERCUMA. Muat turun sekarang untuk melayakkan anda mendapat keahlian Premium secara automatik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *