SESI MENGOPI BERSAMA CEO TV ALHIJRAH

7 September 2019, Jabatan Perkhidmatan Korporat telah mengadakan sesi Mengopi Bersama CEO. Program yang diadakan ini bertujuan sebagai salah satu peluang CEO beramah mesra dan mendengar pandangan bersama kakitangan TV AlHijrah. Sesi yang diadakan hampir dua jam ini, memberi peluang kakitangan TV AlHijrah melontarkan idea dan cadangan kepada pengurusan dalam menentukan perjalanan dalam menguruskan pentadbiran. Uniknya, sesi pertama kali ini kakitangan dipilih berdasarkan bulan kelahiran mereka pada bulan September. Kakitangan TV AlHijrah menyambut baik usaha yang diadakan ini dan menyifatkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan supaya dapat mengeratkan hubungan diantara pihak pengurusan dan kakitangan TV AlHijrah.

      

23.9.2019
 

Comments are closed.